Saturday 8 December 2018

HaPiJa Autumn Seoul Trip (30 OCT - 5 NOV 2018)

Assalamualaikum dan annyeonghaseyo yeorobun-deul ^^

Entry kali ni menceritakan pengalaman dan pengetahuan mengenai negara yang terkenal dengan KIMCHI iaitu KOREA especially SEOUL (author akan tulis dalam mix langs okay baru la feeling~~). Antara input-input yang menarik bakal disajikan termasuklah:

  • Pengenalan mengenai author, team member, trip dan SEOUL
  • Survival Tips and Info
  • Itinerary sepanjang trip
  • Direction ke destinasi (lengkap beserta subway, bus dan pengangkutan yang terlibat)
  • Aktiviti menarik
  • Kos sepanjang holiday
  • Author's special photos
  • Belajar bahasa korea (dialog yang penting untuk tujuan travel)
"Travelling - It leaves you speechless, then turns you into a storyteller" - IBN BATTUTA

Biodata Author

Author ialah seorang "Community Pharmacist" berasal dari Sabah yang sangat cintakan bahasa termasuklah bahasa asing dan beliau gelarkan diri sebagai Ha Pi Ja ^^ (author la tu). Mempelajari bahasa korea secara sendirian berhad selama lebih dari 5 tahun untuk sebutan dan tulisan. Pendek kata author boleh bertutur dalam bahasa korea dan menulis hangul. Trip ke Seoul Korea ini merupakan trip yang julung-julung kalinya dilakukan oleh author. Tujuan author menulis entry ini adalah untuk berkongsi pengetahuan sebagai panduan untuk para bakpackers yang ingin menerokai negara kimchi ini tanpa bantuan Tour Guide. Kalau author boleh, anda pun pasti boleh!

Untuk trip yang pertama kalinya ini, kami memilih musim Autumn tetapi secara terperincinya musim ini telah melalui fasa permulaan late autumn dimana daun Maple sedikit sebanyak telah mulai gugur (tapi pemandangan Alhamdullillah tetap juga breathtaking!). Team trip ini terdiri daripada 4 orang yang saya lebih selesa gelarkan mereka bibie (cousin) dan rakan seperjuangan beliau seperti kak siti dan kak sue.
Dari kiri: Kak Siti, Kak Bibie, Ha Pija dan Kak Sue


SURVIVAL TIPS AND INFOS

Tips yang dikongsi oleh author ni at least kena buat 2-3 bulan sebelum travel or else sampai sana nanti bingung dan panik..tak payah kena study sampai culture, sejarah atau bahasa, cukuplah kena tau perkara yang penting seperti pengangkutan but if u do have a knowledge about the language, seriously it would be such a huge credits for u ^^

~Pengangkutan

Selain daripada kereta sendiri, koreans biasanya menggunakan train dan bas untuk pergerakan seharian. Jadi pengetahuan mengenai subway dan nombor bas sangat penting untuk sampai ke destinasi yang dirancang. Alhamdullilah selama author berada di Korea, tidak ada insiden salah naik line subway ataupun sesat. Subway train di Korea dibahagikan kepada beberapa line mengikut kawasan. Apa yang penting, kenali line subway yang menghubungkan anda kepada destinasi tersebut. Kadang-kadang kena transit dari satu line ke line subway yang lain. InsyaAllah kalau pandai tengok map subway anda tidak akan sesekali sesat. 

Jika tempat yang dituju tidak boleh dihubungkan melalui subway, jangan risau, bas dan teksi tetap boleh digunakan. Jikalau anda ingin mengurang kos, bus is the best option!
Haaa jangan terkejut dan panik apabila tengok map ni. Study line subway ke destinasi impian, bila dah sampai sana nanti, semua akan menjadi lebih senang ^^

~T-Money
Tips survival yang kedua yang mesti backpackers wajib tau ialah T-Money ni. Actually T-Money ialah satu kad yang menyimpan duit untuk pelbagai kegunaan macam kad bank. Kad ini boleh digunakan sebagai tambang pengangkutan subway train dan bas (standard tambang untuk adult ialah 1250won sahaja), dan boleh juga digunakan untuk  membeli barang di Convenient Store seperti 7Eleven, Emart, CU dan mart lain. Bila sampai airport, benda pertama kena beli lepas keluar dari gate ialah T-Money kad. Jangan risau, kad ni boleh dibeli di Mart seperti yang di atas. Beli kad dalam harga 2500 won tetapi belum ada kredit di dalam okay. Kena topup lagi, amaun terpulang pada individu tetapi disarankan jangan melebihi 50000 won sebab kredit dalam kad ni boleh refund. Kalau topup melebihi 50000 won, urusan refund akan menjadi complicated (author tak buat refund sebab next time kalau ke Korea lagi, kad masih boleh digunakan ^^)

P/s: Author kepilkan sekali link mengenai T-Money sebagai rujukan - https://english.visitkorea.or.kr/enu/TRP/TP_ENG_8_1_1.jsp

~Halal Food
Perkara ini juga penting jika kamu seorang muslim^^. Pastikan sedikit sebanyak makanan dari Malaysia dibawa bersama kalau tak nak kebuluran. Rata-rata makanan di Korea tidak halal termasuklah ayam (urusan penyembelihan tidak mengikuti cara penyembelihan muslim). Namun begitu, jangan bimbang. Memandangkan Korea menjadi negara tumpuan bagi orang muslim, terdapat beberapa restoran halal. Antaranya ialah:
  • Eid Halal Korean Food (Itaewon)
  • Makan Halal Korean Restaurant (Itaewon)
  • Busan Jib Restaurant (Myeondong)
  • Boa guesthouse - Halal Korean Dosirak (Hongdae)
  • Namisum Kkokko Chunheon (Nami Island)
  • Dongmun (Nami Island)
  • Yang Good BBQ - Yeoksam (Gangnam)
  • Osegyehyang Vegetarian Restaurant (Insadong)
  • Halal Kitchen Korea (Bukchon)
P/s: Kalau nak berjimat boleh singgah any two or three sahaja sebab makanan quite pricey, unless kalau memang dah bajet nak try makanan Korea. (Author sempat singgah Busan Jib, Dongmun dan Halal Kitchen Korea, komen author, Busan Jib lagi murah dari dua tempat tu^^)

Kalau nak try street food pula, boleh try roasted seafood yang tidak menggunakan minyak, Bungeoppang, kimbab dan kebab (area myeongdong ada), hotteok, Tteokbokki dan fishcake yang menggunakan broth seafood. (author sempat try bungeoppang, kimbab dan kebab sahaja di myeongdong ^^)

inilah makanan setiap malam author: korean instant rice (boleh beli dengan T-Money di mart), seaweed, sambal bilis dan rendang kering^^ oh ya, banana milk pun halal dan sedap!

~Ticketing
Ada beberapa tiket yang lebih mudah jika dibeli melalui online untuk memudahkan perjalanan setibanya di Korea, antaranya:
  • Tiket Arex pergi dan balik ke Seoul Station
  • Ticket everland beserta shuttle bus untuk ke sana (sometimes ianya pakej)
  • Tiket ke pulau Nami, Morning of Calm Garden, Petite France, Garosugil beserta shuttle bus (optional)
P/s: semuanya boleh dibeli melalui KLOOK!

ITINERARY TRIP

Day 1: 30 Oct 2018 (Selasa) - to the Star Hostel Myeongdong Family

  • Tiba di Incheon International Airport Terminal 1 (Jikalau anda menaiki AirAsia, pasti akan mendarat di Terminal 1).
  • Setelah selesai mengambil bagasi masing-masing, sebaiknya singgah ke any of the Mart mentioned before untuk beli T-Money card, in case kalau tak dapat isi terus, jangan bimbang, anda masih boleh topup di Seoul Station (author topup di Seoul Station)
  • Jikalau anda telah menempah tiket AREX melalui klook, masih juga kena ke kaunter AREX untuk menukarkan kepada kad untuk melalui gate (deposit 500won dikenakan untuk kad dan akan direfund setelah keluar daripada gate di Seoul Station, take note that availability AREX ialah setiap sejam)
  • Destinasi seterusnya ialah tempat penginapan (author memilih Star Hostel Myeongdong Family, so untuk sampai ke sana, kami menaiki subway line 4 yang menuju ke arah Danggogae dan turun di station Chungmuro, exit 1). 
  • Tips untuk membaca arah subway di dalam map: perhatikan lokasi terakhir setiap subway, sentiasa alert kepada anak panah yang tertera di papan tanda di atas siling, double check laluan station yang tertera di dinding pintu subway.
  • Setiba di Chungmuro Station, ikut laluan exit no yang tertera di papan tanda.

Author dan kawan-kawan menginap di sini selama seminggu dan antara kemudahan yang ada dalam bilik: tandas sendiri, microwave, washing machine dan dapur^^ selain itu, hostel ni juga dekat dengan subway, Namsangol Hanok Village dan laluan ke Namsan Tower.

Day 2: 31 Oct 2018 (Rabu)

Pagi: To Nami Island

  • Bergerak keluar dari hostel seawal jam 6.30 pagi dan menuju ke station subway Chungmuro 
  • Menaiki subway line 4 yang menuju ke arah Oido, dan berhenti di station Ichon
  • Tiba di Ichon, transfer ke line Gyeongui-Jungang yang menuju ke arah Munsan, dan berhenti di Station Yongsan
  • Tiba di Yongsan, tiket Korail perlu dibeli di mesin atau kaunter tiket (5600 won)
  • Ambil line Jungang-Gyeongchun yang menuju ke arah Chuncheon dan berhenti di station Gapyeong
  • Keluar daripada station untuk mengambil shuttle bus (Gapyeong Tour Bus: 6000 won, wholeday ticket) yang akan membawa ke setiap destinasi berikut: Jarasum-Gapyeong Rail Bike-Nami Island-Geumdaeri Hall-Bokjangri Samgeori-Petite France-Homyeongri-Cheongpyeong Terminal-Imchogyo Ap-Morning Calm Arboretum. (tips: pastikan anda mengambil panduan perjalanan di pondok informasi dan be alert dengan announcement yang dibuat oleh konduktor bus sebab konduktor tidak akan announce dalam dwibahasa^^")
  • Setiba di pondok feri, beli tiket untuk masuk ke Pulau Nami (13000 won) dan tiket ni akan cover tambang feri untuk ke Pulau Nami (Tips: jangan lupa ambil map untuk memudahkan anda explore Nami Island, map boleh didapati di kaunter tiket. Be alert on bus schedule okay^^)

Author dan kawan-kawan posing depan Gapyeong Station masa balik dari Pulau Nami^^

Author posing blessed di bawah pokok Maple^^
  • Untuk perjalanan pulang ke tempat penginapan, laluan yang sama mesti diikut untuk mengelakkan anda sesat. (tips: bezanya laluan pergi dan pulang ialah arah laluan subway, kalau nak pulang kena vice versa dengan laluan pergi^^)
Malam: To Myeongdong Night Market
  • Untuk ke Myeongdong tidak anda berada di lokasi mana sekali pun, anda kena menaiki subway line 4 yang menuju ke arah Danggogae ataupun Oido
  • Keluar melalui exit no 4, apabila anda melihat bangunan Uniqlo, perjalanan memasuki ke kawasan market bermula 
  • Tips shopping di myeongdong: bagi mereka yang suka barangan kosmetik tempat ni sangat recommended sebab terlalu banyak kedai-kedai kosmetik famous seperti Nature Republic, Holika Holika, Etude house, Faceshop dan banyak lagi. Tetapi untuk barangan souvenir, dicadangkan untuk shopping di Namdaemun Market
Antara kedai kosmetik terkenal di sepanjang jalan Myeongdong market dan menawarkan pembelian Face Mask  secara bundle

Day 3: 1 Nov 2018 (Khamis)

Wholeday: Everland Park

  • Naik subway line 3 yang menuju ke arah Ogeum dan turun di station Seoul National University of Education ataupun dalam romanized korean GYODAE (Tips: Untuk mendapatkan bas awal, kalau boleh kena awal keluar dari kediaman anda^^)
  • Tiba di station Gyodae, transfer ke line 2 yang menuju ke arah Jamsil dan turun di station Gangnam
  • Ikut laluan ke exit 10 untuk menaiki bus yang bernombor 5002 ke Jeondae, Everland (Tips: Lepas keluar dari tangga exit, kena jalan straight ke depan sehingga nampak bus stop dan berbaris di laluan no bus. No bus boleh didapati apabila anda melihat nombor yang tertera di lantai dekat bus stop dan setiap bas akan memaparkan no bus didepan cermin bas)
  • Perjalanan ke Everland akan mengambil masa dalam 55 minit 
  • Setiba di Terminal bus Jeondae Everland, jalan straight ke depan sehinggalah anda nampak Shuttle bus ke Everland Park (shuttle bus akan selalu available dan free, tetapi be alert on bus yang balik ke Seoul!)
  • Everland Park dibuka pada jam10 pagi (Tips: A. seperti yang author sarankan, kalau boleh beli tiket masuk dari web KLOOK, harga lebih murah berbanding beli dikaunter. lepas beli online, print dan on the day, crew cuma akan scan barcode yang tertera dr kertas yang anda print^^ B. kalau nak lagi less hassle, beli sekali tiket shuttle bus ke Everland dari KLOOK sbb anda boleh naik bus dari Seoul lagi^^ C. dari segi pemilihan game mana nak try dulu, try la game yang famous sebab barisan akan sangat sangat panjang seperti T-EXPRESS rollercoaster dan jangan lupa ambil map Everland di kawasan Entrance^^ D. kalau nak pulang ke Seoul semula, sila tunggu di tempat yang anda sampai mula-mula^^ )
Laluan bus 5002 yang menuju ke Jeondae, Everland
                       
    Pastikan anda berdiri di bawah no bus yang menuju ke destinasi idaman anda ^^
                 
Seawal jam 9.30 pagi pun orang dah ramai berbaris untuk masuk (Ini bukan berbaris untuk beli tiket okay! Jam 10 pagi baru dibuka^^ 

Author sempat ambil gambar Ferris Wheel ni bila ternampak ada rainbow terbentuk (tapi masa ni sampailah waktu petang Ferris Wheel ni tak buka T-T)

Day 4: 2 Nov 2018 (Jumaat)
Pagi: Gyeongbokgung Palace & Bukchon Hanok Village

  • Untuk sampai ke lokasi ini, anda kena menaiki subway line 3 yang menuju Daehwa dan berhenti di station Gyeongbokgung
  • Setiba di station, keluar mengikut tangga exit 5 (sepanjang perjalanan menuju keluar ke exit 5, feeling historical tu sudah terasa dengan pembinaan dinding dan lantai yanag bercirikan sejarah zaman lampau masyarakat Korea)
  • Sampai di pintu besar yang juga dikenali sebagai Gwanghamun Gate, masuk dan belok ke kiri untuk beli tiket masuk yang berharga 3000 won (Tips: jangan lupa dapatkan map di kaunter untuk memudahkan tour^^) 
  • Sebelum masuk ke pintu istana, anda boleh menuju ke kedai-kedai yang menyediakan pakaian traditional iaitu HANBOK dan harga sewa mengikut jam (Tips: keluar dari pintu sebelah kaunter tiket dan jalan terus ke depan sehingga anda terjumpa T-junction dan lampu isyarat. Kedai sewa Hanbok terletak di seberang jalan raya. Author sewa Hanbok dengan harga 25000 won untuk 2 jam)
  • Pintu masuk akan dibuka tepat pada jam 9.00 pagi (Tips: 10 minit sebelum pintu istana dibuka, upacara masuk Guard-on-duty akan dilaksanakan di sekitar Gwanghwamun Gate^^ 


Gate yang anda akan nampak bila mengikut laluan subway tapi ini bukan  Gwanghwamun Gate

Upacara masuk oleh Guard (masa ni author baru siap berpakaian Hanbok dan tidak dibenarkan masuk dahulu disebabkan upacara tersebut^^)


Bergambar di hadapan istana dengan pakaian Hanbok^^
Bergambar bersama Guard di depan Gwanghwamun Gate^^

  • Manakala untuk ke Bukchon Hanok Village pula, anda kena keluar dari pintu istana sebelah kiri (Pintu yang anda gunakan untuk ke kedai Hanbok) dan jalan terus ke depan sehinggalah anda terjumpa Information centre bergerak (crew memakai vest berwarna kuning atau purple dan memegang map Bukchon)
  • Apabila anda melihat pada map yang disediakan, setiap lokasi akan diberikan no dan laluan (Tips: Be alert on what shop or building surrounding you untuk memudahkan perjalanan anda ke lokasi tersebut dan terdapat rules and ettiques yang harus dipatuhi sepanjang kawasan Bukchon Hanok Village^^)
  • Untuk pulang semula ke penginapan anda, gunakan subway line yang sama tetapi arah yang bertentangan
Antara salah satu lokasi di Bukchon Hanok Village yang menjadi tumpuan untuk bergambar^^

Author tertarik untuk bergambar di depan pintu rumah yang klasik^^

Laluan di sepanjang Bukchon Hanok Village

Boleh menikmati pemandangan dari atas

Sepanjang jalan di Bukchon Hanok Village

Author sempat singgah makan di Halal Kitchen (Owner orang korea muslim tapi makanan yang disediakan cuma ada dua jenis sahaja iaitu Samgyetang dan Bulgogi, makanan quite pricey dan mengikut custom di Korea yang membenarkan 1 serving untuk seorang, tak boleh kongsi tapi author tetap bersyukur sebab ada tempat yang halal untuk rasa makanan Korea^^)

Petang: Namdaemun Market
  • Untuk ke sini, naik subway line 4 yang menuju ke Oido dan turun di station Hoehyeon (Tips: selain daripada subway, anda boleh ke sini dengan menaiki bus, boleh rujuk dalam apps Visit Korea)
  • Sampai di station, ambil exit 5 dan anda telah pun tiba di Namdaemun Market
  • Pelbagai barang boleh dibeli di sini termasuklah utensil yang digunakan oleh masyarakat Korea (Tips: anda boleh bargain sehabis-habisnya sebab kebanyakan peniaga akan memberikan diskaun yang terbaik dan sesetengah peniaga boleh faham bahasa Malaysia. Author dan kawan-kawan sempat borong utensils dan pakaian di sini^^)
Suasana di sekitar Namdaemun Market (Masa ni kawan-kawan tengah baigained pakaian dengan ajumma^^)

Day 5: 3 Nov 2018 (Sabtu)
Pagi: Namsangol Hanok Village & Namsan Tower
  • Okay, bagi tempat ni, memandangkan ianya cuma terletak di belakang hostel kami, so we just walk for about 5 min to reach the main gate. Tetapi jika anda bukan berada di kawasan Chungmuro, ambil subway line 4, turun di station Chungmuro dan ambil exit 1
  • Apabila anda keluar daripada station, bangunan pertama yang anda akan lihat ialah Cinema. Sebelah kiri anda ialah Burger King dan sebelah kanan anda ialah Starbucks
  • Ambil laluan jalan raya di sebelah Starbucks dan jalan straight sehingga anda melihat papan tanda arah menuju ke Namsangol Hanok Village
  • Manakala untuk ke Namsan Tower dari Namsangol Hanok Village, anda boleh berjalan kaki sambil menikmati pemandangan di sekitar kawasan, cuma jarak agak jauh (lebih kurang > 2km) (Tips: Jika anda ingin berjalan kaki, pastikan membawa air secukupnya, buat senaman ringan dan pakai kasut yang selesa sebab jalan untuk sampai ke Namsan Tower merangkumi jalan raya berbukit dan tangga ^^), ataupun dengan menaiki bus
Main gate Namsangol Hanok Village

Author dan kawan-kawan sempat wefie di pintu utama

Salah satu tempat menarik di dalam kawasan Namsangol ini


Kawasan ini dijadikan tempat berlangsungnya perkahwinan (Author sempat melihat pengantin yang bakal disatukan di lokasi ini^^)

Pasu-pasu ini agaknya dijadikan tempat penyimpanan kimchi

Time Capsule rakyat Korea (Untuk info lebih lanjut, sebelum ke time capsule ini, mesin info disediakan^^)

Pengembaraan menaiki Namsan Tower bermula (Inilah rahsia kesihatan masyarakat Korea dimana mereka suka beriadah dari sini sehingga sampai ke tower^^)

Bukan setakat berjalan, menaiki tangga merupakan salah satu proses untuk sampai ke Tower

Dinding putih ini menjadi saksi kedatangan para pelancong dari seluruh dunia

Namsan tower yang boleh dilihat dari jauh (Tapi perjalanan masih jauh lagi^^)

Merupakan tangga yang tinggi yan perlu dinaiki

Look-up point yang menjanjikan pemandangan bandar Seoul

Namsan Tower

Pemandangan di bahagian hadapan Namsan Tower dan Seoul Tower Plaza (Masa ni author dan kawan-kawan turun ke bus stop untuk pulang ke Chungmuro)

Petang: Dongdaemun Plaza & Cheonggyecheon Stream
  • Kedua-dua lokasi ini berdekatan, so kita akan naik subway ke arah dongdaemun sahaja 
  • Untuk ke Dongdaemun, ambil subway line 4 yang menuju ke arah Danggogae, turun di station Dongdaemun History & Culture Park dan ambil exit 1  (masa ni author bergerak dari Chungmuro, so korang kena alert  lokasi masing dan arah tuju subway ^^)
  • Tempat lain yang anda boleh lawat yang berdekatan dengan DPP ialah Dongdaemun Night Market, Migliore Mall, Doota Mall dan Dongdaemun Shopping Complex (author sempat singgah Doota Mall dan Dongdaemun Shopping Complex ^^)

Dongdaemun Design Plaza (DPP) merupakan salah satu attraction dengan bentuk bangunannya yang sangat unik

Pemandangan DPP diwaktu malam diserikan dengan lampu disepanjang jalan (bukan tu sahaja, author perasan beberapa pintu masuk terdapat piano lama untuk mereka yang ingin menghiburkan orang ramai yang lalu lalang)

Pemandangan DPP di tingkat bawah pada waktu malam
Pemandangan setibanya di stream

  • Untuk ke Cheonggyecheon stream pula, anda cuma perlu berjalan kaki sahaja, tetapi jika anda menaiki subway, Line 1,2,3,4,5 boleh sampai ke destinasi ini (author dan kawan cuma berjalan kaki dari DPP dan mengambil masa 10min untuk sampai ke stream)

Pemandangan sekitar Cheonggyecheon Stream

Lokasi yang selalu dipilih oleh para pelancong untuk bergambar (author pun tidak mahu ketinggalan^^)

Uniknya lokasi ini bila wujud dikawasan bandar, air yang mengalir disepanjang laluan ini sangat jernih dan bebas dari sampah (author hadiahkan satu gambar sebagai tanda gembira dapat menikmati pemandangan Cheonggyechon Stream^^)
Day 6: 4 Nov 2018 (Ahad)
  • Free & Easy schedule (author cuma singgah ke Myeongdong sekejap sebelum bergerak balik ke Incheon Airport)

Aiskrim panjang yang berharga 2000won ini juga makanan yang wajib dicuba bila anda di Myeongdong 


Pemandangan unik di Seoul Station Plaza (author masa ni tengah duduk berehat sebelum menaiki AREX ke Incheon Airport)

KOS DAN BAJET

Rasanya kita semua ingin bercuti dan perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah KOS & BAJET (author pun sama ^^). Akan tetapi, perbelanjaan tidak memerlukan kos yang besar dan sekaligus sebab ada juga kos-kos yang perlu dibayar sebelum ke Korea seperti tiket, penginapan, makanan dan tiket-tiket sampingan. Untuk bajet setiba di Korea pula, anda tidak perlulah menyediakan duit yang banyak jika tidak ingin membeli belah (author cuma bawa rm700 sebagai ground bajet di Korea^^ sebab author tak berniat nak shopping, cukuplah sekadar beli souvenir untuk family dan rakan-rakan terdekat). So disini author sertakan sekali kos sebelum dan semasa author berada di Korea.

  • Tiket KL-Seoul AirAsia (pulang balik) - Rm 965.60
  • Travel Insurance AXA (VIP package)  - Rm 39.00
  • Pocket WIFI for 7 days - Rm 21.00
  • Penginapan untuk seminggu (Star Hostel Myeondong Family) - Rm 400.00
  • Group Food Money - Rm 37.00
  • Everland online ticket (KLOOK) - Rm 110.00
  • Arex Train Online Ticket pulang-balik (KLOOK) - Rm 43.00
  • T-Money Card - Rm 10.00
  • T-Money topup - Rm 185.00 (topup terpulang kepada individu tapi jangan lebih dari 50000 won sebab proses refund akan menjadi leceh)
  • Gyeongbokgung Palace Entrance - Rm 11.10
  • Korail Gapyeong-Yongsan pulang-balik - Rm 41.40
  • Gapyeong Shuttle Bus Pulang-balik - Rm 28.20
  • Namiseon Entrance with Ferry Ticket - Rm 48.10
  • Makan at Halal Kitchen - Rm 32.40
  • Makan at Namoo Restaurant - Rm 48.10
  • Makan at Busan Jib - Rm 44.40
  • Souvenirs at Namdaemun - Rm 74.00
  • Souvenirs at Daiso Myeongdong - Rm 33.30
Total kos perbelanjaan: RM 2171.60 (tidak termasuk kos-kos persiapan sebelum ke Korea dan kos-kos ini berbeza bergantung kepada keperluan setiap individu)

BELAJAR BAHASA KOREA

Tujuan author menyediakan ruangan ini adalah untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada pembaca tentang sedikit sebanyak bahasa korea yang perlu semasa anda berada di Korea nanti dan Google Translator sangat membantu jika anda ingin berkomunikasi atau bertanya dengan orang Korea.
  • Annyeonghaseyo - Hello (boleh digunakan untuk selamat pagi, petang atau malam)
  • Eolmayeyo - How much
  • Kamsahamnida/ Gomawoyo - Thank You
  • Hwajangsil eodi isseoyo - Where is the toilet (kalau anda ingin bertanya tentang lokasi yang lain, cuma perlu tukar hwajangsil sahaja, yang lain kekalkan)
  • Harin/kkakka jom juseyo - Please give a discount (penting digunakan semasa sesi tawar menawar ^^)
  • Sillye Hamnida - Excuse me
  • Gwaenchanayo - It is okay
  • Urineun Gogi anmeogoyo - We don't eat meat (penting bagi muslim, kecuali tempat tersebut menyediakan daging halal)
  • Yachegwa haemulman meogoyo We only eat seafood and vegetable
  • Cheoncheonhi malseum haseyo/ cheoncheonhi malhae juseyo - Please speak slowly
  • Manhi juseyo - Please give a lot
  • Yeppeoyo - It is pretty
  • Areumdawoyo - Beautiful
  • Dowa juseyo/Dowa jom jusillaeyo - Please help/can you help
  • Uri sajin jikgeo juseyo/jusillaeyo - Please take our photo
  • Neomu bissayo - too expensive
  • Geunyang gugyeong hago isseoyo - I just take a look (window shopping)
  • Gyesanhae juseyo - Please give a bill (digunakan masa nak bayar makanan)
P/S: Jika anda ingin tahu perkataan atau ayat korea yang lain jangan segan untuk email atau komen blog ini ^_*

Cerita mengenai trip ini sudah sampai ke penghujungnya, sebelum itu, jom layan video gambar author sepanjang berada di Seoul (InsyaAllah, next year author akan ke Korea lagi tapi bukan lagi ke tempat yang author sudah pergi^^)






























No comments:

Post a Comment